Namamu.

Kos trip adalah PERCUMA

'Namamu...'.
TRIP RASMI Jemputan menjadi monitor

Hida di Gifu & Tokyo
Pencarian peserta trip monitor!

TRIP RASMI

Melawat lokasi penggambaran filem anime paling hit 'Namamu...' iaitu Hida di Gifu dan Tokyo.

Terdapat banyak tempat di Jepun menjadi lokasi penggambaran dalam anime dan komik. Trip ini bertujuan membawa pelancong luar negara merasai dan nikmati sendiri tempat menarik di Jepun seterusnya memberikan idea bernas bagi melancarkan lagi sistem pengangkutan pelancongan pada masa akan datang. Anda dinasihatkan untuk menonton dan membaca karya ini terlebih dahulu sebelum menyertai trip.

Pilih Bahasa

Perihal Penyertaan

[ Tempoh Perjalanan ]

5 atau 6 hari antara 1 Mac (Rabu) hingga 30 April (Ahad) 2017 (berbeza mengikut destinasi berlepas).

[ Bilangan Peserta ]

Jumlah 30 orang dari semua negara terlibat (minimum 5 orang setiap trip)
Permohonan sekali sahaja untuk setiap individu.
Peserta akan dipilih secara rawak jika banyak permohonan diterima.

[ Tarikh Tutup Permohonan ]

20 januari hingga 28 Februari 2017. Berbeza mengikut tarikh berlepas.
Bergerak bersama konduktor trip.

[ Syarat Penyertaan ]

Hanya yang bersetuju dengan 5 syarat di bawah layak memohon.
(1) Boleh beri kerjasama menjawab soal selidik dan hadir sesi bertukar pendapat.
(2) Boleh menyertai semua program (dari mula hingga akhir).
(3) Boleh bergerak menaiki bas dan berjalan kaki ketika trip.
(4) Boleh berkongsi bilik (lelaki perempuan berasingan).
(5) Kos perjalanan PERCUMA. Caj lain akan dikenakan sekiranya tidak berkongsi bilik.
(*)Seperti yang tertera dalam syarat, kos untuk program trip lawatan, sesi bertukar pendapat dan menjawab kaji selidik adalah percuma.

[ Termasuk dalam kos perjalanan ]

Penerbangan pergi-balik (tempat duduk biasa bukan tempahan khas), penginapan dan makanan disediakan termasuk GST sepanjang tarikh perjalanan ditetapkan (wang tidak akan dikembalikan walaupun tidak digunakan semasa program).
Kos pengangkutan (untuk ke tapak perjumpaan) dan perbelanjaan tambahan lain ditanggung oleh peserta.

[ Lokasi Penginapan ]

Ada tempat penginapan tidak tersenarai dengan JTB.
Insurans liabiliti disediakan mengikut kriteria standard JTB.

Entry Privacy Policy

Contact Us

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila berasa bebas untuk menghubungi kami.

Contact Us

Pilih Bahasa